HADIS PILIHAN (8)

Daripada Abu Musa r.a., nabi S.A.W. bersabda : Sesungguhnya seseorang mukmin dengan mukmin yang lain adalah seperti bangunan yang  saling menguatkan antara satu sama lain; dan baginda menjalinkan antara jari-jemarinya..

Riwayat Bukhari

HADIS PILIHAN (6)

Daripada Abu Hurairah r.a sesungguhnya
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang mentaatiku maka dia telah
mentaati Allah, sesiapa yang mengingkariku
maka dia telah mengingkari Allah, dan
sesiapa yang mentaati pemimpin maka dia
telah mentaatiku, sesiapa yang mengingkari
pemimpin maka dia telah mengingkariku.

Riwayat Muslim

HADIS PILIHAN (4)

Daripada Amirul Mukminin, Abu Hafs Umar Bin Al-Khattab r.a., dia berkata: Saya mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : Sesungguhnya setiap perbuatan bergantung pada niatnya dan sesungguhnya setiap orang akan dibalas berdasarkan apa yang diniatkannya. Sesiapa yang hijrahnya kerana Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya menuju keredhaan Allah dan Rasulnya. Dan sesiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dikehendakinya…

HADIS PILIHAN (3)

Daripada Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar bin Al-Khattab r.a, dia berkata: Saya mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : Islam dibina atas 5 perkara: Bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji dan berpuasa Ramadhan.

Riwayat Bukhari dan Muslim

Nuzul Furqan

Oleh: Mohd Muinuddin Keindahan Ramadhan disulami dengan pelbagai pengisian ibadah seperti tadarus Al-Quran, solat tarawih, tazkirah, majlis zikir, qiamullail dan Sambutan Nuzul Quran. Hari Nuzul Quran merupakan hari penghayatan penurunan Al-Quran iaitu wahyu Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibrail a.s. dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah (langit dunia). Perkataan…

Peristiwa Besar Bulan Syaaban

Peristiwa Besar Bulan Syaaban Oleh : Mohd Muinuddin Syukur ke hadrat Illahi, Allah SWT telah memberikan kita nikmat yang berpanjangan dan pelbagai sehingga hari ini. Bahang Ramadhan semakin terasa memandangkan tidak sampai sebulan sahaja lagi, pesta ibadah akan bermula. Bulan Syaaban juga terkandung beberapa peristiwa besar seperti bulan-bulan lain. Salah satunya, peristiwa Pertukaran Kiblat yang…

Israk & Mikraj Peristiwa Besar Bagi Umat Islam

Israk dan Mikraj Oleh : Mohd Muinuddin Salah satu ciri mukmin yang baik ialah ia mempelajari sunnah dan sirah para Nabi, khususnya perjalanan hidup rasul kita, Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah, di bulan Rejab ini, satu peristiwa besar yang memberi pengajaran penting buat kita sebagai umat Islam adalah peristiwa Israk dan Mikraj. Keistimewaan peristiwa ini hingga…

HADIS PILIHAN (2)

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A. daripada Nabi Muhammad SAW, baginda bersabda: “Sesiapa yang belajar Al-Quran pada usia muda, maka Allah SWT menyebatikan Al-Quran dengan daging dan darahnya.”

Riwayat Al-Bukhari